السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai semua ..
baru2 ne ada seorg pendaki dari jerman maut jatuh dari puncak gunung kinabalu..sy pn tahu cerita ne dari MR.nazrul.. dia masa tu bertugas kat sana..haa..yg pakai baju ungu dan topi putih tu..bukan main buzy lg dia masa tu..
Difahamkan, mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan sedang menunggu matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu..Pelajar Universiti Xiamen, China, itu dikatakan keluar dari kabel keselamatan, sebelum tergelincir apabila batu dipijak longgar, menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian 30m..Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta pelbagai anggota badan..Pengurus Taman-Taman Sabah (Penguatkuasaan dan Perlindungan), Thomas Yussop, berkata mangsa mendaki bersama empat rakan lelaki sejak kelmarin.“Walaupun sebelum ini pernah berlaku kematian di sepanjang laluan pendakian, namun ini adalah kes pertama membabitkan kawasan puncak. Perkara ini di luar jangkaan kerana ketika kejadian cuaca baik,” katanya.
baca berita kat bawah tu.. sumber dari -bernama :)
KOTA KINABALU - Seorang pelancong wanita warga Jerman maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.
Difahamkan ketika kejadian pada 6 pagi ini, mangsa, Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.
Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Supritenden Abdul Rahman Kassim berkata mangsa yang sedang menuntut di Universiti Xiamen, China itu dikatakan jatuh dari salah satu puncak di gunung itu yang dikenali sebagai 'Low Peak' pada ketinggian dianggarkan 30 meter.
Beliau berkata operasi mengeluarkan mayat dilakukan pihak Taman-Taman Sabah sebaik laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada kira-kira jam 7 pagi.
"Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Abdul Rahman berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak kedutaan Jerman untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Seksyen Perlindungan dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah Thomas Yussop berkata mangsa dipercayai berada di luar kawasan garisan selamat untuk mengambil gambar matahari terbit.
"Mangsa dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan kaki dan punca kejadian sebenar masih disiasat, " katanya.
Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. - Bernama